Friday, February 25, 2011

TIPS MOTIVASI


Assalamualaikum...selamat pagi...
Hari saya ada terbaca artikel tentang 'TIPS MOTIVASI'daripada jutawan internet IRFAN KHAIRI.
Di sini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua:

1.Kreatif
Untuk jadi kreatif, fikir seperti kanak2. kanak2 tidak meletakkan had dalam fikiran mereka. kita yang dewasa akan selalu fikir- boleh ke berjaya? nanti apa orang kata kalau kita berjaya? kalau buat camni boleh tak? Kanak2 tidak meletakkan had, sebab tu kanak2 kreatif!

2.Hargai diri
Hargai diri kita sendiri. Bila kita menghargai diri, kita akan dapat melihat potensi diri kita. Yakin bahawa we are great and can do great things with great results. Keyakinan dalam diri sendiri adalah kunci utama kejayaan!

3.Bersabar
Bila ada yang tidak menyokong usaha kita untuk berjaya, berbanyak bersabar. tambahan lagi mereka yang rapat dengan kita. sekiranya anda ada kenalan, ahli keluarga, suami atau isteri yang berusaha untuk berjaya- berikan sokongan yang terhebat sekali. ianya adalah pemberian yang tidak ternilai! rezeki pastinya berganda dengan sokongan orang tersayang

4.Menyukai apa yang kita lakukan
Have fun! senyum selalu! tak perlu lah serious sangat dalam hidup. bila kita gembira & berseronok melakukan apa yang kita suka, insyaallah rezeki akan berganda datang kepada kita

5.Jangan termakan hasutan negatif
Ada kalanya, terdapat kata2 negatif orang lain diberikan pada kita. apa anda perlu buat? buat tak tau sahaja… TAKDE MAKNANYA. apa yang penting, jangan sampai kata2 negatif itu memasuki diri kita sendiri sehingga kita percayakannya dan mula ragu2 kebolehan sendiri!
Cth:Jadilah seperti ikan di lautan..Walaupun hidup dlm air masin, tetapi isinya tetap tawar.


Sama-sama kita praktiskan, insyaallah kita BERJAYA !

No comments: