Monday, December 13, 2010

Makanan zaman moden...

Pernah atau tidak kita terfikir, kenapa sawi yang dijual di pasar begitu cantik tak dimakan ulat? Apakah kerana ketika sawi itu masih hidup, ia dibungkus cantik supaya tidak dihurung ulat? Ohhh, tidak. Kalau bukan kerana racun ulat dan serangga, sawi atau apa-apa lagi sayur yang sebaya dengannya tentu dah berlubang sana-sini. Ini yang mengurangkan saham diri (harga) sayur di pasaran. Itu sekadar satu contoh betapa tidak sihatnya makanan di pasaran dewasa ini.








Yummmmy!! Sedapnya...tapi...
Apakah fakta-fakta di bawah tidak menakutkan kita? Antaranya...
  1. Racun makhluk perosak (pesticide) digunakan meluas di ladang buah-buahan dan kebun sayur untuk mengelakkan serangan makhluk perosak. Jadi, boleh dikatakan hampir 100% buahan dan sayuran di pasaran mengandungi sisa-sisa racun yang tidak boleh dihilangkan melalui proses pencucian biasa.
  2. Proses penternakan ayam menggunakan suntikan ubat supaya ayam cepat membesar di samping mengelakkan ayam diserang penyakit. Ayam di pasaran bukan ayam kampung yang membesar secara proses semulajadi dengan memakan makanan yang semulajadi. Jadi, sisa-sisa ubat yang disuntik masih tertinggal walaupun ayam ternakan sudah arwah di kedai dan pasar.
  3. Daging di pasar tani dan pasar malam kelihatan masih merah. Tapi betul ke daging tu daripada lembu yang baru arwah sejam dua? Tentulah mustahil. Kalau bukan diletakkan pewarna, dah tentu daging nampak pucat.
  4. Penghantaran makanan laut ke bandar-bandar besar memakan masa yang panjang. Malah ada yang makanan laut yang diimpot dari negara luar seperti Thailand. Semasa dalam perjalanan ke bandar, bakteria mula membiak dan boleh menyebabkan makanan laut cepat busuk. Untuk melambatkan makanan laut membusuk, antara kaedah yang digunakan adalah mencampurkan makanan laut tadi dengan kapur barus yang digunakan untuk mengawet mayat.
Patutlah sekarang ini hospital swasta bercambah merata-rata. Sebab penyakit dan pesakit bertambah banyak. Makanan segera, mee segera, ayam segera. Jadi, penyakit pun segera jugak...

Nantikan posting seterusnya untuk mengetahui bagaimana nak 'purify' makanan yang kita beli di pasar...