Friday, February 25, 2011

TIPS MOTIVASI


Assalamualaikum...selamat pagi...
Hari saya ada terbaca artikel tentang 'TIPS MOTIVASI'daripada jutawan internet IRFAN KHAIRI.
Di sini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua:

1.Kreatif
Untuk jadi kreatif, fikir seperti kanak2. kanak2 tidak meletakkan had dalam fikiran mereka. kita yang dewasa akan selalu fikir- boleh ke berjaya? nanti apa orang kata kalau kita berjaya? kalau buat camni boleh tak? Kanak2 tidak meletakkan had, sebab tu kanak2 kreatif!

2.Hargai diri
Hargai diri kita sendiri. Bila kita menghargai diri, kita akan dapat melihat potensi diri kita. Yakin bahawa we are great and can do great things with great results. Keyakinan dalam diri sendiri adalah kunci utama kejayaan!

3.Bersabar
Bila ada yang tidak menyokong usaha kita untuk berjaya, berbanyak bersabar. tambahan lagi mereka yang rapat dengan kita. sekiranya anda ada kenalan, ahli keluarga, suami atau isteri yang berusaha untuk berjaya- berikan sokongan yang terhebat sekali. ianya adalah pemberian yang tidak ternilai! rezeki pastinya berganda dengan sokongan orang tersayang

4.Menyukai apa yang kita lakukan
Have fun! senyum selalu! tak perlu lah serious sangat dalam hidup. bila kita gembira & berseronok melakukan apa yang kita suka, insyaallah rezeki akan berganda datang kepada kita

5.Jangan termakan hasutan negatif
Ada kalanya, terdapat kata2 negatif orang lain diberikan pada kita. apa anda perlu buat? buat tak tau sahaja… TAKDE MAKNANYA. apa yang penting, jangan sampai kata2 negatif itu memasuki diri kita sendiri sehingga kita percayakannya dan mula ragu2 kebolehan sendiri!
Cth:Jadilah seperti ikan di lautan..Walaupun hidup dlm air masin, tetapi isinya tetap tawar.


Sama-sama kita praktiskan, insyaallah kita BERJAYA !

Monday, February 21, 2011

PETUA MENCUCI HATI

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk dari. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a -

Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur -

Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat -

Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran -

Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -

Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -

Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "saya sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda -

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak saya, cuci hatiku, esok saya nak jadi baik, berjaya,

ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -

CUBALAH!!



Berpuasa -

Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati

(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)



10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

...wallahua'lam...

Saturday, February 19, 2011

FISH..? FISHING ..? FISHERMAN..?


Assalamualaikum...selamat pagi...
Sihat hari ni?..ramai patient yang datang ke klinik sebab demam,batuk dan selesema.
Masalah ini berulang-ulang..kenapa keadaan ini berlaku? Di sebabkan oleh cuacakah? Makanankah? Atau antibodi kurang?...semua pun berkait rapat tapi penyebab utama ialah antibodi kita tak kuat..sebab itu cepat dapat demam selesema.
Mesti tertanta-tanya kenapa saya tulis tentang ikan,mengail dan nelayan,apa kaitan dengan kesihatan kita?
Tanpa nelayan tak ada ikan,tanpa ikan tak ada FISH OIL.

Memperkenalkan ...
*
*
*

    NURICH FISH OIL

Kebaikan NURICH FISH OIL

1.Menyelaraskan lemak darah dan keseimbangan kolesterol   menggalakkan kesihatan jantung





2. Meningkatkan daya imunisasi badan

  Jason Statham



3.Mempertingkatkan fungsi otak dan memperbaiki daya ingatan




Selamat mencuba...jadikan NURICH FISH OIL sebagai supplement harian anda.
Untuk mendapatkan kesihatan memerlukan sedikit pelaburan 


harga :RM 210 sahaja 

   untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya di 0136907949.

Thursday, February 17, 2011

PETUA UNTUK MENDAPAT PASANGAN

                                              

Assalamualaikum...selamat pagi
Ingin mencari PASANGAN?...masih tak berjumpa calon yang sesuai?...macamana caranya?...
Jom sama-sama kita renungkan  PETUA MENDAPAT PASANGAN yang ditulis oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah.


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Gadis Melayu

Assalamualaikum..selamat pagi...
Gadis memang sinonim dengan kecantikan dan kesihatan..memperkenalkan produk Premium Beautiful(PB) ..merangkumi kedua-dua aspek ini...menjmatkan kos

Hai-O dengan produk PB  menjadi penaja kepada program Gadis Melayu



Premium Beautiful mendapat SUPERBRAND ...permintaan tinngi dan berkualiti


komen-komen tentang Premium Beautiful

Sunday, February 13, 2011

IKTIBAR DI SEBALIK MAULIDURRASUL

1. Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam waktu lahir hinggalah dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku2. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah. 




2. Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar hujjah orientalis barat dan orang 2 yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah. 
3. Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud; 
"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang." 
Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam umpamanya bercampur gaur lelaki perempuan berarak menyambut Maulid Nabi. 




4. Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi. 








5. Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman ALLAH;"Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah." 







6.kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana. 


7. Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri. 

wallahu a'lam 

Friday, February 11, 2011

Pungguk rindukan bulan!



Assalamualaikum..Selamat pagi!

Seminggu ni sungguh penat...ramai patient datang sbb ramai yang demam,selesema.Almost sama aje..note setiap org klu nak copy and paste pun blh...tapi tak boleh.tambahan pula bekerja seorang saja minggu ni..tak boleh ambil cuti...hai lambatnya hari jumaat( weekend cuti)..yeay! Macam Pungguk Rindukan Bulan.

Saturday, February 5, 2011

INVITATION TO DIAMOND NITE!



Apa yang menarik ?



Of course ada dinner..hidangannya sedap...yummy,yummy



Penganugerahan kepada qualifier DSM,DDM,dan pemenang Tabung Kereta.
Dapat melaram!! Pakai ala-ala celebrity gitu.



Dapat suntikan semangat motivasi



Ada kejutan dari pihak syarikat..announce next trip ke Europe FOC..yeah!


Dapat 'doorgift' yang berharga lebih dari rm 100


Cabutan bertuah


Rebut peluang keemasan ini. Kedatangan anda dialu-alukan


Hong Kong Is Calling


Siapa yang tidak pernah mendengar nama Hong Kong, sebuah negara pulau yang dahulunya wilayah jajahan British yang diserahkan kembali kepada China pada tahun 1997. Tapi tidak cukup kalau sekadar mendengar namanya. Alangkah bagus kalau kita kenali lebih lanjut Hong Kong tentang apa yang menarik di sana, terutama bagi yang 'kaki' melancong dan shopping, buat pembakar semangat untuk ke sana suatu hari nanti.
Gambar di atas saya ambil dari sumber internet, menggambarkan suasana malam Hong Kong dari Victoria Peak. Cantikkan?

1. Cuaca
Hong Kong adalah negara beriklim sub-tropika 4 musim (panas, bunga, luruh dan sejuk). Suhunya adalah serendah 0 darjah Celcius pada musim sejuk dan setinggi 36 darjah Celcius.

2. Muka bumi
Hampir keseluruhan kawasannya adalah berbukit-bukau.

3. Bahasa
Pertuturan utama adalah  bahasa Cina dialek Kantonis. Namun, bahasa Inggeris juga digunakan meluas di sana.

3. Matawang
Matawang yang digunakan adalah Dollar Hong Kong (HKD). Pada saat artikel ini ditulis, RM1000 bersamaan lebih kurang HKD2500. Tapi, bagi yang nak shopping sakan di sana, RM1000 confirm tak cukup.

4. Tarikan menarik
Hong Kong Disneyland. Terletak di Pulau Lantau adalah tarikan berprestij bagi mereka yang mencari lokasi hiburan. Selain memukau pengunjung dengan pelbagai persembahan dalam dewan tertutup dan perarakan pancawarna, Disneyland menjadikan pertunjukan bunga api di latar langit kastil Sleeping Beauty pada pukul 8 malam sebagai kemuncak operasi hariannya. Pelbagai kemudahan dan tarikan sedia diguna dan dilawati di Main Street, Adventureland, Fantasyland dan Tomorrowland.



Victoria Peak. Boleh sampai dengan menaiki Peak Tram yang mengambil masa hanya tujuh minit untuk sampai ke puncak. Selain mengunjungi pusat perniagaan komersial dan menikmati pemandangan indah Hong Kong dari ketinggian ini, muzium patung lilin Madame Tussauds di The Peak Tower turut menjadi tarikan. Ambil peluang untuk bergambar bersama Jackie Chan, George Bush, Brad Pitt dan banyak lagi personaliti yang diukir dalam bentuk patung REAL.





Ladies Market, Stanley Street, Pottinger Street dan Li Yuen Street. Gunakan skill tawar menawar anda di sini. Tawarkan sehingga separuh harga. Ini cuma tempat yang ala-ala Petaling Street di KL. Kalau nak shopping di tempat yang berprestij, jom kita sama-sama ke sana!!!!

Thursday, February 3, 2011

TIPS MENGATASI STRESS


TEKNIK ATASI STRESS IALAH:

1.Tidur sejenak
.tidur selama 30-45 minit akan menyegarkan tubuh kembali
.orang-orang ternama yang mengamalkan petua ini ialah John F.Kennedy,Thomas Edison,Salvador Dali.

2.Pengurutan

.boleh mengunjungi pakar urut profesional atau
.meminta pasangan atau sahabat mengurut otot2 leher dan bahu

3.Mengekspresikan diri secara artistik

Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi secara positif.
Boleh cuba belajar akting,bermain alat muzik,mengambil gambar,melukis
Membaca alquran

4.Kerap ketawa

Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada menjadi lebih ringan.
Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

5.Bersikap lembut terhadap diri sendiri

Bercakap dengan diri sendir tentang perkara yang positif
Sentiasa pujuk diri sendiri.

Wednesday, February 2, 2011

TAKE CHALLENGE TO SUCCSESS

Kejayaan bukanlah suatu perkara yang mustahil.Sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara,maka orang lain pasti mampu melakukannya juga.
Mungkin kit a tak bercita-cite ingin menjadi perdana menteri tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita.
Contohnya :kalau kita usahawan,binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. :kalau kita sebagai seorang pelajar,belajarlah dan berusahalah hinge ke peringkat tertinggi.

Apa itu kejayaan ?
pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang ditetapkan olehnya.
Kejayaan adalah subjektif Dan relatif kepada setup individu

Contoh:
bagi seorang usahawan,memperolehi pendapatan rm 20,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya,Dan baginya adalah satu kejayaan besar tapi ini mungkin satu kegagalan bagi usahawan yang kebiasaannya mampu menjana pendapatan rm 50,000 sebulan.


Apa yang perlu dibuat apabila kita tiba ke matlamat yang ditetapkan supaya kita tidak merasa cepat selesa?

1.LETAKKAN SASARAN YANG TINGGI

.Apabila satu matlamat dicapai,maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi

2.CEMBURU DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN

.Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita
.Kalau orang lain boleh,kita pun boleh
.Untuk maju,kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain.

3.ELAKKAN DIRI DARI SIKAP PUAS HATI

.Sikap cepat puas hati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya

4.SOAL DIRI DENGAN SOALAN POSITIF

.Apa yang belum aku lakukan lagi?
.Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
.Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
.Siapa yang boleh bantu aku?

5.TINGKATKAN STANDARD ANDA

.untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan standard kita

Contoh:
"tak standard untuk aku selama-lamanya jadi kerani,5 tahun akan datang mesti nak jadi pengurus pula"
.Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi.


Islam tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila ada kemampuan.
Asal saja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup
Ini sebagai satu ibadah yang meningkatkan lagi keimanan dan tetaqwaan kita.
Oleh itu,teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.



Dipetik dari MAP TRAINING AND. CONSULTANCY SDN.BHD.