Saturday, February 5, 2011

Hong Kong Is Calling


Siapa yang tidak pernah mendengar nama Hong Kong, sebuah negara pulau yang dahulunya wilayah jajahan British yang diserahkan kembali kepada China pada tahun 1997. Tapi tidak cukup kalau sekadar mendengar namanya. Alangkah bagus kalau kita kenali lebih lanjut Hong Kong tentang apa yang menarik di sana, terutama bagi yang 'kaki' melancong dan shopping, buat pembakar semangat untuk ke sana suatu hari nanti.
Gambar di atas saya ambil dari sumber internet, menggambarkan suasana malam Hong Kong dari Victoria Peak. Cantikkan?

1. Cuaca
Hong Kong adalah negara beriklim sub-tropika 4 musim (panas, bunga, luruh dan sejuk). Suhunya adalah serendah 0 darjah Celcius pada musim sejuk dan setinggi 36 darjah Celcius.

2. Muka bumi
Hampir keseluruhan kawasannya adalah berbukit-bukau.

3. Bahasa
Pertuturan utama adalah  bahasa Cina dialek Kantonis. Namun, bahasa Inggeris juga digunakan meluas di sana.

3. Matawang
Matawang yang digunakan adalah Dollar Hong Kong (HKD). Pada saat artikel ini ditulis, RM1000 bersamaan lebih kurang HKD2500. Tapi, bagi yang nak shopping sakan di sana, RM1000 confirm tak cukup.

4. Tarikan menarik
Hong Kong Disneyland. Terletak di Pulau Lantau adalah tarikan berprestij bagi mereka yang mencari lokasi hiburan. Selain memukau pengunjung dengan pelbagai persembahan dalam dewan tertutup dan perarakan pancawarna, Disneyland menjadikan pertunjukan bunga api di latar langit kastil Sleeping Beauty pada pukul 8 malam sebagai kemuncak operasi hariannya. Pelbagai kemudahan dan tarikan sedia diguna dan dilawati di Main Street, Adventureland, Fantasyland dan Tomorrowland.



Victoria Peak. Boleh sampai dengan menaiki Peak Tram yang mengambil masa hanya tujuh minit untuk sampai ke puncak. Selain mengunjungi pusat perniagaan komersial dan menikmati pemandangan indah Hong Kong dari ketinggian ini, muzium patung lilin Madame Tussauds di The Peak Tower turut menjadi tarikan. Ambil peluang untuk bergambar bersama Jackie Chan, George Bush, Brad Pitt dan banyak lagi personaliti yang diukir dalam bentuk patung REAL.





Ladies Market, Stanley Street, Pottinger Street dan Li Yuen Street. Gunakan skill tawar menawar anda di sini. Tawarkan sehingga separuh harga. Ini cuma tempat yang ala-ala Petaling Street di KL. Kalau nak shopping di tempat yang berprestij, jom kita sama-sama ke sana!!!!

3 comments:

IdayuRadzi said...

blog dah cntik dan menarik..nk pergi jugak hong kong..boleh la jap lgi..ikut jejak langkah dr rosma

IdayuRadzi said...

menarik

Dr Rosmaliza Abdul Aziz said...

jom sama2 pergi shopping