Wednesday, February 2, 2011

TAKE CHALLENGE TO SUCCSESS

Kejayaan bukanlah suatu perkara yang mustahil.Sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara,maka orang lain pasti mampu melakukannya juga.
Mungkin kit a tak bercita-cite ingin menjadi perdana menteri tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita.
Contohnya :kalau kita usahawan,binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. :kalau kita sebagai seorang pelajar,belajarlah dan berusahalah hinge ke peringkat tertinggi.

Apa itu kejayaan ?
pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang ditetapkan olehnya.
Kejayaan adalah subjektif Dan relatif kepada setup individu

Contoh:
bagi seorang usahawan,memperolehi pendapatan rm 20,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya,Dan baginya adalah satu kejayaan besar tapi ini mungkin satu kegagalan bagi usahawan yang kebiasaannya mampu menjana pendapatan rm 50,000 sebulan.


Apa yang perlu dibuat apabila kita tiba ke matlamat yang ditetapkan supaya kita tidak merasa cepat selesa?

1.LETAKKAN SASARAN YANG TINGGI

.Apabila satu matlamat dicapai,maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi

2.CEMBURU DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN

.Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita
.Kalau orang lain boleh,kita pun boleh
.Untuk maju,kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain.

3.ELAKKAN DIRI DARI SIKAP PUAS HATI

.Sikap cepat puas hati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya

4.SOAL DIRI DENGAN SOALAN POSITIF

.Apa yang belum aku lakukan lagi?
.Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
.Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
.Siapa yang boleh bantu aku?

5.TINGKATKAN STANDARD ANDA

.untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan standard kita

Contoh:
"tak standard untuk aku selama-lamanya jadi kerani,5 tahun akan datang mesti nak jadi pengurus pula"
.Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi.


Islam tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila ada kemampuan.
Asal saja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup
Ini sebagai satu ibadah yang meningkatkan lagi keimanan dan tetaqwaan kita.
Oleh itu,teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.



Dipetik dari MAP TRAINING AND. CONSULTANCY SDN.BHD.

No comments: