Monday, March 7, 2011

Apa nak jadi...



Assalamualaikum ...selamat pagi...
Hari ni disebsbkan busy kat klinik, saya tak sempat nak baca e-news pada siang hari...
Selepas balik keje,sementara menunggu appointment dengan kawan, saya sempat baca news...
Mula-mula tajuk tertera ialah 'Pelajar patah tangan kena belasah'.Lepas tu tengok tajuk 'Lelaki mati ditetak akibat cemburu'.kemudian terlihat tajuk 'Mat rempit lari tinggal mayat rakan'...itu baru tajuk hari ini ,belum termasuk berita sebelum ini...sampaikan saya dah naik takut nak baca paper atau tengok berita..
Saya terfikir zaman sekarang ni,orang senang aje nak mati macam nyawa dah tak ada nilai.
Orang mati dibunuh, membunuh ,terbunuh,bunuh diri...
Di mana sifat kemanusiaan....sudah hilang di dunia kah??
Di mana sifat keimanan dalam diri??...

Sunday, March 6, 2011

Cer citer...cer citer...




Assalamualaikum...selamat pagi.
Nak citer apa pagi-pagi ni...
Rasa terpanggil nak berkongsi ilmu daripada CDM K.Ana semalam...
"Perempuan tidak boleh dipisahkan dengan kecantikan dan kesihatan dari dulu,kini dan selamanya.."
Walau ekonomi gawat macamana pun perempuan tetap akan menjaga kesihatan dan kecantikan..tidak pernah lagi kita terjumpa orang perempuan memakai lipstik sebelah bibir sahaja semata-mata nak menjimatkan lipstik....ish...ish...
Sebab itu produk-produk kecantikan dan kesihatan dihasilkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan...cuma bergantung kepada kita untuk memilihnya yang mana satu berbaloi.
Kata belaiau lagi...
"Orang perempuan rugi kalau tidak ambil peluang untuk memakai korset Premium Beautiful kerana ia dapat memberikan bentuk badan yang cantik dan apabila kita memakainya, ia mengembalikan keyakinan kita"..
Tambahan lagi,fabriknya yang selesa dan mempunyai daya regangan yang tinggi serta teknologi FIR yang dapat memberikan kesihatan kepada kita.
Kita lagi bertambah sihat dan bertuah jika kita memakai korset premium beautiful dan disusuli dengan meminum lacto-lite dan makan herba maharani...
Lactolite dapat menurunkan berat badan secara sihat dan menjaga usus dengan baik...jika kita bunag angin, ia tidak berbau kerana usus kita dah kosong...
Herba maharani dapat melancarkan peredaran darah dan mengembalikan kesihatan dalaman orang perempuan...
Berganda-ganda kita untung jika kita ambil peluang mengguna dan kita berkongsi dengan orang lain.

WEAR IT + FEEL IT + LIKE IT + SHARE IT = FINANCIAL FREEDOM + FREE HOLIDAY TRIP HONG KONG !

Saturday, March 5, 2011

BUKAN SENANG NAK SENANG




Assalamualikum..selamat pagi..

Apa khabar hari ini? Hebat !!!..itulah kata-kata keramat yang selalu kita perlu ucapkan ....kenapa??..kata-kata positif yang boleh memberi motivasi kepada kita setiap hari.
Satu hari tanpa aura positf boleh menyebabkan kita lemau tak bermaya...tidak memepunyai impian yang tinggi disebabkan oleh kekangan kewangan...Hanya dengan mempunyai impian tinggi kita akan berusaha kuat untuk mencapai impian kita...jadi kita akan berusaha lebih...Untuk mendapat lebih dari yang biasa, pengorban perlu ada.Berkorban masa dan tenaga...Mengejar dunia???..Tidak sama sekali...tetapi itu adalah tuntutan hidup...kehidupan di bandar metropilitan semuanya perlukan duit, hatta masuk tandas pun perlukan duit..makna kata asalkan bergerak aje, duit keluar...Nak buat amal ibadat pun perlu duit banyak.contohnya nak pegi mengerjakan Haji di Mekah..kalau pegi dengan pakej muassasah ,kita perlu tunggu bertahun-tahun selepas berdaftar di Tabung Haji untuk dapat pergi tetapi kalau pegi dengan pakej yang lebih mahal kita dapat pergi lebih awal sebab kuotanya ada..cuma samada kita ada duit ke tak...Sebab itu dalam hadis ada mengatakan "Pada akhir zaman, untuk urusan dunia kita perlu duit, untuk tegakkan urusan agama pun perlukan duit".
Hidup adalah satu perjuangan....kakau nak menang perlu usaha sungguh-sungguh,kalau nak kalah kita berserah sahaja.kita berhak untuk membuat pilihan
Bukan senang nak senang,bukan susah nak susah.